Proses IVF Berjaya: Penyediaan Sebelum Rawatan IVF

Kini, tidak semestinya setiap pasangan mempunyai rezeki untuk menghamil semula jadi. Kepada pasangan yang ingin melahirkan anak untuk membina keluarga bahagia, terdapat banyak pasangan dalam situasi berikut melawat klinik rawatan kesuburan. Terutamanya pasangan dalam bandar mempunyai kelebihan untuk menikmati rawatan kesuburan dengan mudah.

 rawatan kesuburan untuk lelaki

Terlebih dahulu, apakah itu IVF?

IVF ialah Intro-Vitro Fertilzation dalam nama saintifiknya. IVF merupakan satu proses untuk membantu sesuatu pasangan mengandung. Kejadian IVF yang berjaya adalah tidak pasti. Terdapat beberapa faktor akan menyebab kejayaan IVF.

Kejayaan IVF bergantung kepada usia pasangan terutamanya wanita, punca ketidaksuburan, kualiti telur sampel sperma dan embrio dalam badan ibu, dan bilangan telur yang diperoleh. Tekan sini untuk maklumat lebih lanjut.

Di samping itu, terdapat pakar-pakar dan pasangan mencerita pengalaman IVF mereka dalam mana-mana media yang sedia ada. Perkongsian mereka memberi pengajaran dan dorongan kepada sesuatu pasangan supaya tidak berputus asa serta membina keyakinan dalam dirinya.

Berikut merupakan tips IVF yang penting untuk meningkatkan kadar kejayaan.

 rawatan kesuburan lelaki

 

1.    Mencapai Berat Badan yang Sihat

 

Berat badan mempengaruhi kejayaan IVF agak besar. Berat badan yang seimbang mempunyai kadar kejayaan yang lebih tinggi. Berat badan tidak mestilah terlalu rendah atau terlalu tinggi. Hal ini bergantung kepada indeks IBM sesuatu pasangan. Terutamanya wanita yang mempunyai indeks IBM serderhana adalah sihat dan seimbang.

Pakar- pakar semasa rawatan kesuburan tetap mengambil perhatian dalam berat badan anda. Pengawalan berat badan membantu sesetengah pasangan dalam mencapai kejayaan IVF.

2.    Berhenti Merokok atau Berhenti Menghisap Asap Rokok

Setiap orang mesti mengenali fakta merokok tidak menyihatkan badan. Walaubagaimanapun, merokok merupakan salah satu tabiat yang sesetengah orang tidak dapat dielakkan. Dalam proses IVF yang berjaya, menghisap rokok serta asap rokoknya tidak digalakkan. Ini adalah kerana menghisap rokok tidak dapat membatu sesetegah pasangan menghasilkan telur atau sampel sperma yang berkualiti.

Hal ini akan mengakibat hasilan embrio yang kurang menjamin kejayaan. Terdapat kajian membuktikan bilangan telur dan sperma akan dikurang sekurang-kurangnya separuh dalam badan anak sekiranya mendapat salah satu pihak ibu bapa yang merokok.

Berhenti merokok sebelum menjalani rawatan IVF adalah penting terutamanya pihak wanita. Pasangan juga harus mengelakkan melawat tempat yang berasap penuh. Pasangan harus mengambil perhatian dalam hal-hal kecil seperti ini sebelum perjalanan sebelum IVF.

 

 ivf proses

3.    Memastikan Khasiat Badan yang Seimbang

 

Khasiat sangat penting dalam membantu pembinaan badan. Khasiat dalam penyediaan rawatan IVF juga penting untuk menghasil embrio yang berkualiti. Terdapat beberapa kandungan khasiat yang perlu ambil lebih perhatian untuk meningkatkan kadar penghamilan. Kandungan nutrisi yang perlu ambil lebih perhatian ialah

  • Zat-zat dan mineral terutamanya zat besi.
  • Asid folik merupakan sejenis vitamin B9 yang membantu pembentukan sel darah dan DNA. Zat ini adalah penting untuk mengurangkan risiko kejadian kecacatan tulang bayi
  • Minyak ikan Omega 3 sangat penting untuk mengkat kestabilan paras hormon terutamanya dalam badan wanita. Omega 3 ini mengandungi DHA dan EPA untuk memperbaiki kitaran haid, meningkatkan pengaliran darah dalam badan dan seterusnya.
  • Coenzyme Q 10 merupakan antioksidan yang memastikan kualiti telur dan sperma.

4.    Memastikan Kualiti Tidur yang Mencukupi

Tidur dapat menyembuhkan keupayaan seluruh badan. Walaupun fakta ini biasa dikenali oleh setiap orang tetapi kekurangan rehat terutamanya tidur merupakan salah satu isu yang menyebabkan penyakit zaman ini. Kuantiti tidur penting dalam membantu penyediaan rawatan IVF. Terdapat banyak pasangan mementingkan kualiti tidur dalam perkongsian pengalaman IVF mereka sebelum dan selepas rawatan kesuburan.

Kesimpulannya

Harga IVF di Malaysia memerlukan beberapa ribu untuk satu kitaran. Setiap pasangan mesti harap kejayaan sekali dengan bil bayaran beribu-ribu. Kebebanan kos IVF tidak semestinya menunaikan kejayaan. Oleh itu, penyediaan sebelum rawatan IVF penting supaya meningkatkan kadar berjaya.